Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Ahlan wa Sahlan ya Akhi, ya Ukhti

Ubah Ciptaan Allah : Umpama Mencabar Kuasa-Nya

Written By Rizky Priyatna on Kamis, 07 Juli 2011 | 00.13


Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW baik dari segi akhlak maupun rupa paras. Kita tidak perlu berasa sedih dan susah hati lantaran dikaruniakan rupa paras yang tidak cantik, tubuh badan yang tidak menarik, malah dijadikan sebagai seorang lelaki ataupun wanita. Setiap makhluk yang Allah SWT jadikan adalah unik dan sempurna kejadiannya.

Sememangnya Allah SWT menjadikan kita dengan berbagai rupa dan gaya. Mana mungkin Allah yang Maha Mencipta menjadikan setiap manusia mempunyai wajah yang sama. Sedangkan cap jari yang Allah ciptakan kepada setiap hambanya juga berbeda.

Sebenarnya di situlah berkuasanya Allah SWT yang mampu dan berhak menjadikan sesuatu mengikut kemauan-Nya. Jadi tidak perlulah mempersoalkan tentang ciptaan Allah atas kejadian kita. Terimalah anugerah dan karuniaan itu seadanya dengan rasa syukur tanpa perlu mengubahnya atas faktor nafsu.

Menurut Dr Asiah Ali, Mantan Pensyarah di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, apabila membincangkan isu berkaitan mengubah ciptaan Allah SWT, ia lebih difokuskan kepada para wanita karena mereka tidak boleh lari daripada perasaan ingin cantik dari sudut penampilan diri dan juga kesehatan dalaman. Beliau berpendapat, tuntutan zaman sekarang yang terlalu banyak iklan-iklan kecantikan turut menyumbang kepada kemauan masyarakat untuk mengubah bentuk asal rupa dan juga kejadian diri sendiri.

"Wanita digalakkan untuk menjaga penampilan diri lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan suami. Bagaimanapun, dalam kita berhias untuk kesehatan dan kecantikan, pastikan ia tidak mengubah bentuk asal kita. Kadang-kadang, ada wanita yang niat asalnya adalah untuk tatapan suami tetapi akhirnya telah terpesong niatnya," Jelas beliau.


sumber : love Islam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar